fb fb fb fb fb

'Penyu' waspada ancaman 'Sang Kenari'

KUALA TERENGGANU, 5 Julai - Pengendali Terengganu (TFC) Nafuzi Zain mahu anak buahnya berwaspada dengan ‘ancaman’ dua tonggak import Kedah Darul Aman (KDA) FC pada pertemuan pusingan kedua Piala FA, di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam esok.

Menurutnya penyerang baharu KDA FC, Ronald Ngah Wanja dan Mahmoud Mardi perlu diberi perhatian kerana memiliki ketajaman penyudah serta kelebihan dalam segi fizikal.

Justeru, Nafuzi menggesa pemainnya supaya kekal fokus dan mengelak kesilapan kecil yang boleh menyebabkan mereka dihukum dengan kekalahan.

Ini memandangkan lawan mereka, KDA FC kini dalam momentum terbaik selepas berjaya melepasi peringkat kumpulan Piala AFC tempoh hari.

(FOTO FAIL)

Bagaimanapun disebalik kebimbangan tersebut, Nafuzi sedikit lega kerana pasukannya bakal beraksi di laman sendiri.

Katanya, sokongan padu daripada peminat setia skuad Penyu amat diperlukan bagi memastikan misi wajib menang dapat dilaksanakan.

Mengenai kesebelasan utama malam esok, Nafuzi berkata perkara tersebut akan diputuskan selepas menilai tahap kecergasan pemain yang masih keletihan akibat jadual perlawanan yang padat.

Media Baharu