MANCHESTER, 5 Julai- Juara Liga Perdana Inggeris edisi lalu, Manchester City telah sah menandatangani pemain tengah England, Kalvin Phillips dari Leeds United dengan kontrak enam tahun.
Butiran kewangan perjanjian itu tidak didedahkan tetapi media Britain melaporkan bahawa pemain berusia 26 tahun itu telah menandatangani perjanjian bernilai AS$54.53 juta dolar Amerika (RM240 juta).
“City sekali lagi terbukti sebagai pasukan terbaik di negara ini dengan skuad yang menakjubkan dan pengurus dalam Pep Guardiola yang sepatutnya dianggap sebagai yang terbaik di dunia,” kata Phillips dalam satu kenyataan.
"Untuk dapat bermain di bawah Pep dan belajar daripadanya dan kakitangan kejurulatihannya serta menjadi sebahagian daripada skuad yang hebat adalah impian saya. Maka saya sangat teruja," tambahnya.
Phillips menyertai akademi Leeds pada usia 14 tahun sebelum membuat penampilan sulung seniornya pada musim 2014-15. Dia bermain lebih daripada 200 perlawanan untuk Leeds, menjaringkan 14 gol.
Pemain tengah itu telah memperoleh 23 kaps untuk England sejak membuat penampilan sulungnya pada 2020 dan beraksi di Kejohanan Eropah tahun lalu, di mana pasukan bimbingan jurulatih Gareth Southgate tewas pada perlawanan akhir kepada Itali dalam penentuan sepakan penalti.
Phillips adalah pembelian ketiga City pada jendela penutup musim, selepas kedatangan penyerang Erling Haaland dan penjaga gol Stefan Ortega.
Phillips akan beraksi bersama beberapa pemain tengah City berikutan pemergian pemain tengah Fernandinho dalam usaha Guardiola mahu mengekalkan kejuaraan liga dan meneruskan kegemilangan dalam Liga Juara-Juara.-REUTERS
(Foto FB Manchester City)