LONDON, 5 Julai- Manchester United telah bersetuju untuk menandatangani pemain tengah Denmark, Christian Eriksen secara percuma, menurut laporan pada hari Isnin.
Pengendali United, Erik ten Hag membuat tawaran kontrak tiga tahun kepada Eriksen selepas kemunculan semula yang mengagumkan pemain Denmark itu bersama Brentford.
Pemain berusia 30 tahun itu dilaporkan mempunyai perjanjian lisan dengan United dan secara rasmi akan melengkapkan perpindahannya ke Old Trafford selepas menjalani pemeriksaan perubatan.
Perpindahan Eriksen ke United akan datang bakal merancakkan semula perjalanan kariernya selepas pernah dilanda tragedi hitam di atas padang.
Dia mengalami serangan jantung di atas padang di Copenhagen semasa bermain untuk Denmark di Kejohanan Eropah dan terpaksa meninggalkan Inter Milan selepas pulih kerana peraturan kesihatan Serie A.
Eriksen, dilengkapi dengan defibrilator kardioverter yang boleh diimplan bagi membuktikan bentuk dan kecergasannya semasa tempoh pinjaman di Brentford pada separuh kedua musim lalu.
Dia bermain 11 kali dalam Liga Perdana untuk Brentford, menjaringkan satu gol dan empat 'assist'.
Eriksen turut menjadi sasaran bekas kelabnya, Tottenham Hotspurs tetapi lebih mengagumi Ten Hag selepas pernah berlatih dengan Ajax sejurus kesihatannya kembali stabil selepas serangan jantung itu.
Ten Hag yang mengambil alih The Red Devils pada penghujung musim giat mencari kombinasi dan resepi terbaik untuk pasukan baharunya sekali gus nekad untuk tidak lagi kecewa pada saingan musim depan.-AFP
(FOTO AFP)