fb fb fb fb fb

Penyokong Hijau Kuning sedia gegarkan Stadium Darul Aman malam ini

Penyokong mula membanjiri kaunter tiket Stadium Darul Aman seawal pukul 7.00 pagi tadi

ALOR SETAR, 2 Disember- Sorakan ribuan penyokong Hijau Kuning bakal mengegarkan Stadium Darul Aman, Kedah menjelang pertemuan dengan Selangor FC, malam ini.

Menurut Kedah Darul Aman (KDA) FC, tiket perlawanan itu laris dijual kepada kepada peminat bola sepak negeri itu, menerima sambutan baik.

Sebanyak 7,600 keping tiket perlawanan yang dijual secara dalam talian dan tiket fizikal kuota awal, telah habis dijual.

Selain itu, 15,000 keping tiket fizikal lagi dijual di kaunter B dan F, Stadium Darul Aman sejak pukul 10.00 pagi tadi.

Para penyokong bola sepak tempatan mula berbaris di hadapan kaunter tiket stadium Darul Aman seawal pukul 7.00 pagi tadi.

Rata-rata mereka tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan perlawanan tersebut, memandangkan kedua-dua pasukan kini sedang bersaing rapat untuk merebut tempat kedua Liga Super.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM