SEOUL, 20 Jun- Larangan menggunakan penjaga gol asing yang digunakan sejak tahun 1999 untuk perlawanan peringkat domestik di Korea Selatan, ditarik balik.
Perkara itu diumumkan Persatuan Bola Sepak Korea Selatan menerusi satu kenyataan.
"Bermula pada tahun 2026, kelab akan dibenarkan untuk mendapatkan penjaga gol dari luar negara.
"Liga K sebelum ini mengehadkan penyertaan penjaga gol luar bermula pada tahun 1996 dan kemudiannya memperkenalkan larangan penuh pada 1999.
"Ia bertujuan menggalakkan perkembangan penjaga gol tempatan memandangkan kelab pada ketika itu bergantung kepada pemain asing," demikian menurut kenyataan tersebut.
Keputusan itu diumumkan selepas mesyuarat lembaga pengarah Liga Bola Sepak Profesional Korea (Liga K) di sini, hari ini.
Menurut kenyataan tersebut, perubahan akan melibatkan Liga K 1 dan Liga K 2.-AFP