fb fb fb fb fb

Penjadualan semula Liga Super; TFC buat rayuan ke FAM, MFL

KUALA TERENGGANU, 24 April - Terengganu FC-TFC mengemukakan surat rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia-FAM dan Malaysia Football League-MFL.

Ia susulan penjadualan semula dan penundaan perlawanan Liga Super 2022 disebabkan pertembungan dengan Sukan Sea Vietnam bulan depan.

Pegawai Eksekutif TFC Sendirian Berhad, Ab Rasid Jusoh berkata, penjadualan semula itu memberi kesan terhadap sumber kewangan pihaknya.

Ini kerana segala tempahan pembelian tiket penerbangan dan penginapan bagi para pemain, pegawai pasukan serta penyokong ke Kota Kinabalu, Sabah, sebelum ini telah dibuat awal.

(Ab Rasid Jusoh ditemui wartawan di Kuala Terengganu)

"Sebelum ini kita mengalami penundaan akibat daripada covid ini. jadi ini lagi penundaan yang berlaku. saya tak tahu penjadualan-penjadualan ini membantu pasukan-pasukan negeri, pasukan kami. itulah saya rasa kecewa, bukan sedikit. banyak kecewalah disebabkan perkara ini," Kata Ab Rasid kepada wartawan di sini.


Menurutnya, lima pemain TFC Satu telah dipanggil menjalani latihan persiapan ke Hanoi, menyaksikan Ketua Jurulatihnya Mohd Nazufi Zain ketika ini hanya mempunyai pilihan pemain yang terhad termasuk masalah kecederaan.

Pada musim ini skuad Penyu hanya mendaftarkan 26 pemain sahaja dan dijadual berdepan empat perlawanan selepas ini iaitu tiga di Liga Super dan satu perlawanan Piala FA dalam tempoh terdekat.

Media Baharu