fb fb fb fb fb

Penglibatan wanita jadi tanda aras penarafan bintang tadbir urus persatuan sukan

Majlis Seminar Wanita Dalam Sukan peringkat Labuan / FOTO RTM

LABUAN, 17 Oktober- Penglibatan wanita dalam bidang tadbir urus menjadi penanda aras bagi penarafan bintang dalam perkembangan pembangunan persatuan sukan di negara ini.

Pesuruhjaya Sukan Malaysia Suhardi Alias berkata usaha itu membolehkan penaja-penaja khasnya dalam kalangan swasta dan korporat untuk menyumbang kepada persatuan sukan kerana tahap keyakinan mereka terhadap persatuan yang mempunyai penarafan bintang yang lebih tinggi adalah lebih jelas.

“Kita mengharapkan bahawa penarafan bintang ini akan membolehkan persatuan sukan itu mengetahui tahap mereka dari segi tadbir urus.

“Kalau kita tidak ada 'benchmark' itu persatuan sukan tidak mengetahui mereka menyangka bahawa mereka telah mencapai tahap yang tinggi tapi pengukuran itu tidak dilaksanakan dengan cara star rating ini mereka akan tahu di mana mereka dan apa lagi yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan penarafan mereka ke tahap yang lebih tinggi”, katanya kepada pemberita selepas Majlis Seminar Wanita Dalam Sukan peringkat Labuan di salah sebuah hotel.

Tambah beliau pada tahun ini pihaknya memberikan markah tambahan kepada persatuan yang mempunyai kedua-dua komponen tersebut.

Jelasnya respon yang daripada persatuan sukan di peringkat negeri dan juga kebangsaan amat baik dan trend itu dilihat semakin meningkat.

Ini adalah hasrat kerajaan supaya wanita bukan sahaja bergerak sebagai satu pasukan tetapi wanita itu adalah pembuat keputusan di dalam badan sukan di negara ini.

Hadir sama Pesuruhjaya Sukan Sabah Sempini Langiton dan Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Tracy Tumay Rigar.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE