fb fb fb fb fb

Pengharaman IOC: Bintang renang Rusia tidak bimbang terlepas Olimpik Paris

Bintang renang Rusia dan pemegang rekod dunia acara 50 meter kuak lentang 50 meter, Kliment Kolesnikov/FOTO AFP

SAINT PETERSBURG, 27 Disember- Bintang renang Rusia dan pemegang rekod dunia acara 50 meter Kuak Lentang, Kliment Kolesnikov berikar tidak akan menyertai Sukan Olimpik Paris 2024 disebalik pengharaman IOC ke atas Rusia susulan penaklukan terhadap Ukraine.

Majlis Olimpik Antarabangsa (IOC) berkata atlet dari Rusia dan sekutunya, Belarus dibenarkan bertanding di Paris sekiranya tidak menyokong kempen ketenteraan di Ukraine.

"Ketika ini, dengan syarat terbaharu yang dikenakan IOC, ia adalah sesuatu yang sukar diterima bagi mengambil bahagan pada Olimpik 2024", kata Kolesnikov kepada AFP dalam satu temubual pada satu pertandingan renang di sini.

"Impian untuk menggondol emas masih ada.

"Tetap saya tidak kecewa sekiranya tidak dapat menyertai Olimpik berkenaan", tambah perenang berusia 23 tahun itu yang telah memenangi pingat gangsa acara 100 meter gaya bebas dan perak dalam acara 100 meter kuak lentang pada Olimpik Tokyo 2020.

Menurut Kolesnikov, dia telah membuat keputusan untuk tidak menyertai Olimpik 2024 di bawah syarat baharu yang dikenakan IOC itu.

Kolesnikov turut berkata dia tidak ingin dijadikan sebagai'kambing hitam bersama lain-lain atlet.

"Peserta lain menyertai Olimpik seolah-olah tiada apa yang berlaku.

"Sementara, kami tidak dibenarkan mempunyai delegasi. Tiada bendera negara dan lagu kebangsaan", kata Kolesnikov.

Sementara menantikan perubahan situasi, Kolesnikov berkata dia ingin fokus bagi melakar rekod dunia yang baharu.

Bilangan pertandingan renang yang dianjurkan Rusia meningkat mendadak sejak atlet negara itu diharamkan daripada menyertai pertandingan antarabangsa susulan penaklukan ke atas Ukraine pada Februari 2022.

"Ketika ini kami hanya bertanding di laman sendiri. Termasuk saya", katanya yang telah melakarkan rekod dunia acara 50 meter kuak lentang dengan masa 23.55 saat.

Meskipun tidak berminat untuk menyertai Sukan Olimpik Paris 2024, dia terbuka bagi sebarang perubahan.

"Sekiranya syarat yang dikenakan IOC berubah dan kerajaan Rusia mengambil keputusan membenarkan kami mengambil bahagian, kami mesti pergi dan menang pingat untuk negara dan saya akan sertainya", tambah Koleniskov.

Moscow sebelum ini telah mengecam syarat yang dikenakan IOC itu sebagai diskriminasi, namun belum memutuskan sama ada membenarkan atletnya menyertai temasya Olimpik 2024.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD