SHANGHAI, 27 Disember- Harapan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara untuk mengungguli aksi persahabatan kedua menentang China musnah apabila ditewaskan 1-2 di Stadium Jinshan, China, pada Selasa.
Bermain dalam cuaca sejuk, pasukan tuan rumah dilihat tidak seperti lawan Harimau Muda ketika perlawanan pertama apabila lebih mendominasi perlawanan dan membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi Du Yuesheng.
Jaringan berkenaan bagaimanapun tidak mematahkan semangat skuad kendalian Juan Torres Garrido untuk mengasak kubu China dan berhasil menyamakan menerusi Muhammad Aliff Izwan Yuslan pada minit ke-34.
Pasukan China di bawah kendalian Cheng Yaodong kemudian berjaya menggandakan kedudukan pada babak pertama menerusi Tao Qianlong untuk kemenangan 2-1.
Perlawanan tersebut merupakan aksi kedua persahabatan Tier 2 yang menyaksikan Harimau Muda berjaya menewaskan China 1-0 pada Sabtu lalu.
Dua aksi persahabatan berdepan China itu merupakan sebahagian persiapan skuad Harimau Muda untuk menghadapi Piala Asia B-23 di Doha, Qatar April depan.
Harimau Muda diundi dalam Kumpulan D Piala Asia bersama Uzbekistan, Vietnam serta Kuwait