KUALA LUMPUR, 6 Mac - Penganjuran Piala Presiden dan Piala Belia dianggap 'lubuk' pemain pelapis kebangsaan bagi mewakili negara suatu hari nanti.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Dali Wahid, menyifatkan dua kejohanan itu masih relevan untuk melahirkan bakat-bakat baharu.
"Piala Presiden dan Belia merupakan projek pembangunan untuk negeri memilih pemain untuk mewakili SUKMA di Sarawak.
"Kita yakin akan lahir pemain-pemain terbaik untuk kita mengetengahkan pada masa akan datang mewakili negara", katanya di sini.
Saingan Piala Belia yang membabitkan pasukan bawah 18 tahun akan menggunakan format liga dua pusingan dan empat pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke suku akhir.
Piala Belia dijadualkan berlangsung mulai 27 April depan.
Manakala, pertandingan Piala Presiden yang turut menggunakan format sama dan akan bermula pada 21 April.