fb fb fb fb fb

Penganjur LTdL 2024 optimis saingan pembuka tirai lancar

Foto hiasan

LANGKAWI, 27 September- Pihak penganjur Le Tour De Langkawi (LTdL) 2024 optimis saingan pembuka tirai di Langkawi pada Ahad berjalan lancar.

Ketua Pegawai Operasi LTdL 2024, Emir Abdul Jalal berkata, pihaknya telah mengambil langkah proaktif memastikan laluan sepanjang 96.5 kilometer mengelilingi Pulau Langkawi berada pada tahap terbaik.

Perkara itu termasuk memastikan permukaan laluan di Jalan Teluk Yu yang sebelum ini terjejas teruk telah ditampal semula.

"Ini dua, tiga minggu lalu hujan lebat tak terkawal, ada laluan rosak tinggal suku daripada jalan. Kami pun ada kerisauan sikit tetapi saya dapat pengesahan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) sendiri mengatakan laluan itu akan siap.

"...dan semalam kami tengok jalan baru memang sangat teruja dengan pihak Langkawi sendiri," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun pihaknya juga sudah bersedia dengan pelan kontingensi bagi menghadapi keadaan cuaca tidak menentu yang melanda negara ketika ini.

Laluan peringkat pertama di Langkawi menawarkan tiga zon pecutan dan satu zon pendakian kategori 4.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI