NEW YORK, 11 Disember – Para peminat bola sepak di Times Square, New York, menyuarakan rasa kecewa terhadap harga tiket Piala Dunia 2026 yang dianggap terlalu mahal dan di luar kemampuan.
“Harganya terlalu melampau,” kata Rachel Owen, 38, dari Maine.
"Anak lelaki saya sangat ingin pergi, tetapi malangnya, kami golongan pekerja biasa tidak mampu membelianya," tambah Owen.
Tarikh 11 Disember 2025 menandakan fasa baharu penjualan tiket untuk Piala Dunia 2026. Namun, beberapa individu yang ditemubual Reuters di Times Square memaklumkan mereka belum berpeluang membeli tiket.
“Saya berharap apabila semakin dekat dengan tarikh perlawanan, harga tiket akan turun,” kata Andy Klappenbach dari North Carolina.
Menurut Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan lalu, lebih satu juta tiket telah dibeli oleh peminat dari 212 negara.
Piala Dunia FIFA akan bermula pada 11 Julai 2026, dengan Mexico City menjadi tuan rumah perlawanan pembukaan, manakala Stadium MetLife di New Jersey akan menganjurkan perlawanan akhir pada 19 Julai 2026.-REUTERS