fb fb fb fb fb

Pemilik Burnley ambil alih kelab LaLiga Espanyol

Foto Reuters

LONDON,15 Julai - Pemilik kelab Liga Perdana Inggeris, Burnley, Velocity Sport Limited, telah bersetuju untuk mengambil alih Espanyol, kata pasukan LaLiga itu pada Isnin.

"Dengan perjanjian ini, RC Espanyol dan Burnley akan menjadi sebahagian daripada kumpulan pelaburan ini, yang memperluaskan kepentingannya dengan memiliki kelab dalam LaLiga dan satu lagi dalam Liga Perdana, setiap satu akan kekal sebagai entiti bebas," kata Espanyol dalam satu kenyataan.

Kumpulan RASTAR dari China telah mengambil alih Espanyol pada tahun 2015, dengan rekod dua kali penyingkiran dan kenaikan semula liga, serta kedudukan ketujuh pada musim 2018-19.

"RASTAR tidak akan memutuskan hubungannya dengan RCD Espanyol, sebaliknya sahamnya akan menjadi sebahagian daripada pelaburan baharu yang mempunyai kepentingan dalam kedua-dua kelab," tambah Espanyol.

Espanyol menamatkan musim lalu di tangga ke-14 LaLiga, hanya dua mata di hadapan Leganes di tempat ke-18, kedudukan terakhir untuk penyingkiran.- REUTERS

AZRUL FAIZAL JUSOH