fb fb fb fb fb

Pemilihan atlet angkat berat ke Sukan Sea Kemboja terhad, berikutan isu doping

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 31 Januari- Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) berdepan pemilihan atlet yang agak terhad bagi mewakili negara pada Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja.

Naib Presiden PABM, Amirul Hamizan Ibrahim berkata situasi itu berpunca selepas ketiadaan atlet berpotensi dari Terengganu dan Perlis susulan isu doping yang melanda kedua-dua negeri.

Menurut Amirul lagi, Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) masih belum menjatuhkan hukuman dan status atlet terlibat masih belum diketahui.


(FOTO FAIL)

Sebelum ini, tiga atlet angkat berat, dua dari Terengganu dan seorang dari Perlis termasuk seorang berusia 16 tahun disahkan positif penggunaan bahan terlarang jenis Metandienone, Tebutaline dan Oxymetholone sebelum Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 tahun lepas.

Susulan itu, PABM mengundur diri daripada mengendalikan acara angkat berat Sukma dan diambil alih oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Semalam, PABM meletakkan sasaran awal bagi atletnya untuk meraih pingat gangsa di Phnom Penh menerusi Muhammad Erry Hidayat dan Muhammad Hafiz Shamsuddin.

Media Baharu