fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Bournemouth pinjam Vina

(FOTO kredit: https://theathletic.com/)

LONDON, 31 Januari-Pemain pertahanan Uruguay, Matias Vina menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Bournemouth menerusi pinjaman selama enam bulan daripada kelab AS Roma.

Vina merupakan pemain keempat yang ditandatangani oleh Bournemouth pada jendela perpindahan Januari.

Sebelum ini, kelab berkenaan telah menandatangani Dango Ouattara, Darren Randolph, dan Antoine Semeyo bagi memperkuatkan pasukan.

Menerusi pinjaman itu, Bournemouth mempunyai pilihan bagi menjadikan pinjaman itu kepada perpindahan kekal pada penghujung musim.

Matias Vina 25, yang bermain di posisi pertahanan kiri turut berkemampuan bermain sebagai pertahanan tengah memulakan kariernya di Kelab Uruguay, Nacional.

Pada 2019, dia membantu Nacional memenangi kejuaraan Liga Uruguay dan turut dinamakan sebagai pemain terbaik liga.

Ketua Eksekutif Bernemouth, Neill Clarke menyatakan kelab berkenaan teruja kerana dapat mengikat khidmat pemain itu bagi meneruskan baki permainan bagi musim ini.

"Kelab begitu berbesar hati dapat menggunakan khidmat beliau (Vina) bagi separuh musim kedua.

Walaupun, beliau akan hanya berusia 25 tahun, dia mempunyai pengalaman yang menakjubkan khususnya ketika bersama AS Roma pada kejohanan Liga Eropah musim lalu", ujar Clarke.

"Sudah pasti kehadirannya akan memberi persaingan bagi merebut kesebelasan utama di Bournemouth", tambah Clarke lagi.

Kehadiran Vina tentunya ditagih oleh 'Cherries' yang kini berada di tangga ke-18 liga dan bergelut dari zon penyingkiran.

Ketika bermain di AS Roma, Vina berjaya memenangi Trofi Liga Conference di bawah bimbingan pengurus legenda 'The Special One', Jose Mourinho.

(Pemain pertahanan Uruguay dan Bournemouth, Matias Vina /kredit : https://theathletic.com)

Media Baharu