fb fb fb fb fb

Dyche dinamakan sebagai Pengurus baharu Everton

(FOTO AFP)

LONDON, 31 Januari- Pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris, Everton menamakan bekas pengendali Burnley, Sean Dyche sebagai pengurus baharu buat pasukan tersebut.

Dyche mengikat kontrak dua setengah tahun sehingga 2025 menggantikan Frank Lampard yang dipecat.

Everton akan berdepan pendahulu EPL, Arsenal di Goodison Park untuk perlawanan pertama Dyche Sabtu ini.

Pengendali berusia 51 tahun itu berkata adalah satu "penghormatan" untuk mengendalikan kelab Merseyside itu yang tidak menang sebarang kejuaraan sejak 1995 dan memecat pengurus Frank Lampard kurang setahun selepas dilantik.

Dyche tiba di Goodison Park dengan menyedari bahawa moral pemain Everton berada di tahap terendah selepas bergelut dan bermain di luar kelompok utama buat pertama kali sejak 1954.

Lampard dipecat minggu lalu selepas kalah sembilan kali dalam 12 aksi EPL dan tewas kepada pasukan yang juga bergelut, West Ham adalah perlawanan terakhirnya sebagai pengurus.


(Sebahagian penyokong Everton yang kecewa dengan prestasi kelab/FOTO AFP)

Media Baharu