KUALA LUMPUR, 6 November- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneliti tiga permohonan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk pembangunan sukan tersebut.
Antara permintaan badan induk tersebut ialah naik taraf velodrome rakyat di Perak.
Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, jika terdapat keperluan, KBS sedia mempertimbangkan kelulusan dana bagi ketiga-tiga permintaan tersebut.
Ketiga-tiga ini adalah permintaan mereka dan kita akan bagi keputusan, sama ada boleh atau tidak.
Kekangan yang kita ada adalah satu dana yang tidak mencukupi untuk bina dan memenuhi semua permintaan orang.Kedua, selepas pembinaan wujud aspek penyelenggaraan. Siapa yang nak selenggara. Itu adalah isu besar yang kita hadapi.
Oleh sebab itu, apabila dana tidak mencukupi kita perlu fokus terhadap sukan-sukan yang menjadi keutamaan di peringkat KBS dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Sementara itu Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh berkata kesemua permintaan tersebut berupaya membantu pembangunan sukan berbasikal negara.
"Hasrat PKBM untuk menganjurkan 2026 Track World Cup di Malaysia dan juga 2028 Track World Cycling Championship. Jadi, ini hasrat yang telah disampaikan.
Acara-acara ini adalah penting untuk diadakan di Malaysia. Ia bagi memberi peluang kepada atlet kita, mengambil bahagian di gelanggang sendiri," tambah Hannah