fb fb fb fb fb

Pemandu mabuk langgar atlet kayak, Siti Nurul Masyitah

Kereta yang melanggar Siti Nurul Masyitah Elias di kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraiaan Trafik Timur (EDL)

JOHOR BAHRU, 15 Mei- Atlet kayak kebangsaan, Siti Nurul Masyitah Elias, 22 tahun, dilapor cedera selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer 3.5 Lebuhraya Penyuraiaan Trafik Timur (EDL) menghala ke Kota Tinggi, Johor, Sabtu lalu.
 
Mangsa sebelum itu menerima rawatan di sebuah hospital swasta, sejurus kemalangan kira-kira pukul 4.30 petang.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata, kejadian itu dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta yang menukar haluan secara tiba-tiba.
 
Mangsa mengalami retak bahu kanan, tulang pinggul dan luka manakala pemandu kereta tidak cedera.
 
"Semakan mendapati pemandu kereta berusia lingkungan 30-an berada dalam pengaruh alkohol semasa kejadian selain mempunyai tujuh rekod saman trafik.
 
"Pemandu berkenaan telah ditahan selama 24 jam bagi membantu siasatan dan dibebaskan dengan ikat jamin," katanya.
 
Kes disiasat mengikut seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dalam pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kecederaan.
 
Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun atau denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000.
 
Bagaimanapun orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI