fb fb fb fb fb

GP Valencia : Hakim Danish tamatkan aksi Moto3 di kedudukan ke-14

Hakim Danish menamatkan saingan di kedudukan ke-14 dalam perlumbaan Moto3 pada GP Valencia

KUALA LUMPUR, 16 November - Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli, menamatkan saingan di kedudukan ke-14 dalam perlumbaan Moto3 pada Grand Prix (GP) Valencia di Litar Ricardo Tormo, Sepanyol pada Ahad.

Pelumba berusia 18 tahun itu, yang berlumba bagi pasukan FRINSA MT Helmets MSi menggantikan Ryusei Yamanaka yang cedera, memulakan perlumbaan dari petak ke-18 dan berjaya meraih dua mata selepas menampilkan aksi bertenaga.

Perlumbaan berakhir dengan Adrian Fernandez dari pasukan Leopard Racing muncul juara dengan catatan 32 minit 48.909 saat, diikuti pelumba Red Bull KTM Ajo, Alvaro Carpe di tempat kedua dan Pelumba Honda Team Asia, Taiyo Furusato di tempat ketiga.

GP Valencia menandakan perlumbaan terakhir bagi musim Moto3 2025, manakala Hakim Danish diumumkan bakal beraksi sepenuh musim dalam kelas Moto3 pada Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) tahun depan bersama pasukan sama.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE