fb fb fb fb fb

Faisal tunjuk perkembangan positif, jalani rawatan sensitif - Adam Adli

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim/Foto Majlis Belia Malaysia

PUTRAJAYA, 15 Mei - Pemain sayap Harimau Malaya Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, pemain berkenaan bagaimanapun menunjukkan perkembangan positif.

"saya ada menziarahi keluarga beliau..Alhamdulillah semnagat keluarganya baik, daripada segi rawatan yang telah di terima oleh beliau tentu sekali akan mengambil masa yang panjang.

"Cuma setiap yang terbaik sudah pun di berikan dari susut perubatan,sokongan bukan saja kepada Faisal tetapi kepada keluarganya. Oleh sebab itu kita harap kita beri ruang kepada Faisal untuk pulih," katanya.

Adam berkata Faisal kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan meminta semua pihak tidak mengganggu emosi beliau.

Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim mengalami kecederaan melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Dalam pada itu, mengenai insiden membabitkan atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Elias yang terbabit kemalangan jalan raya di Johor, Sabtu lalu, Adam Adli berkata pihak kementerian akan membantu atlet berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya sedang mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian itu dan keadaan atlet tersebut.

Siti Nurul Masyitah dilaporkan parah selepas dipercayai dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh seorang pemandu mabuk.

GRACE AISYAH KEDAYAN