PARIS, 25 Julai - Pemanah negara, Syaqiera Mashayikh buka tirai Sukan Olimpik Paris 2024 dengan melakukan catatan peribadi terbaik di Esplande des Invalides.
Syaqiera menamatkan pusingan ranking acara recurve individu wanita di tangga ke-14 dengan mengumpul 663 mata.
Keputusan itu jauh lebih baik daripada catatan 630 mata yang dilakukannya pada temasya di Tokyo pada 2021.
Dua lagi pemanah, Ariana Nur Dania Zairi dan Nurul Azreena Fazil masing-masing di kedudukan ke-50 dan 60 daripada 64 peserta.
Bagi acara recurve berpasukan wanita pula, Malaysia berada di tangga ke-10 dengan 1,918 mata.
Syaqiera Mashayikh menanti cabaran pemanah bukan pilihan, Alexandra Mîrca dari Moldova pada pusingan 64 pada 30 Julai ini.
Ariana Nur Dania Zairi pula akan menentang wakil Itali, Chiara Rebagliati.
Manakala Nurul Azreena akan bertemu Diananda Choirunisa dari Indonesia.
Bagi acara berpasukan, Malaysia akan bertemu musuh tetangga, Indonesia.
Pemenang akan menentang China pada peringkat suku akhir pada Ahad ini sekali gus memburu pingat pertama pada hari yang sama.