(Barisan pemain Argentina meraikan kemenangan bersama penyokong selepas mereka layak ke suku
akhir Piala Dunia Qatar 2022 selepas menewaskandi Stadium Lusail, utara Doha
pada 9 Disember 2022/FOTO IHSAN FIFA)
DOHA, 12 Disember- Lionel Messi dan Argentina yang memburu mahkota kejuaraan ketiga Piala Dunia, kini dirangsang oleh sokongan padu sejumlah besar penyokong yang memainkan peranan utama dan nadi pasukan itu pada setiap perlawanan mereka di Qatar seolah-olah beraksi di laman sendiri.
Lokasi ikonik bola sepak Argentina seperti Bombonera atau Monumental sememangnya terkenal dengan suasana meriah dan memiliki atmosfera paling menarik dalam dunia sukan berkenaan di negara itu.
Senario sebegitu dapat dilihat berlaku di Stadium Lusail di sini, di mana puluhan ribu penyokong Argentina mencipta gelombang lautan biru dan gegak gempita sorakan.
Argentina sudah beraksi tiga perlawanan di stadium yang memuatkan 88,966 tempat duduk itu, di mana Messi dan rakan sepasukan yang lainb akan berentap menentang Croatia awal pagi Rabu ini, untuk mengintai tempat ke pentas akhir Piala Dunia.
Selepas kebanyakan perlawanan Argentina, skuad "Albiceleste" terus berada di atas padang selepas wisel penamat, berkongsi detik-detik manis yang penuh emosi dengan penyokong mereka.
“Kami suka mengambil kesempatan daripada detik-detik sebegini bersama orang ramai yang berada di sini dan di Argentina, di mana semua orang gembira,” kata Messi selepas kemenangan suku akhir ke atas Belanda pada Jumaat.
Menurut kedutaan Argentina di Qatar, antara 35,000 dan 40,000 peminat bertandang ke Doha untuk menyasikan sendiri Piala Dunia sebagai sokongan jitu, sekali gus menyaksikan mereka sebagai kontinjen terbesar penyokong luar pada kejohanan itu.
Sokongan berskala besar itu ditambah pula beribu-ribu pekerja asing yang berpangkalan di Qatar dari India dan Bangladesh, di mana Messi dan Argentina menikmati sokongan meluas.
"Berbanding dengan Perancis, Argentina tidak mungkin tidak berada pada tahap pasukan terhebat, namun mendapat suntikan semangat dan bangkit dengan sokongan mereka (penyokong) yang ada di sini," kata bekas penyerang Perancis kelahiran Argentina itu, David Trezeguet kepada AFP.
(Penyokong Argentina meraikan kemenangan pasukan mereka dalam perlawanan suku akhir
Piala Dunia Qatar 2022 menentang Belanda di Obelisk di Buenos Aires pada 9 Disember 2022/FOTO IHSAN FIFA)
Pada akhir setiap kemenangan mereka di Piala Dunia, pemain turut sama-sama menyanyi bersama para penyokong dalam sorakan meriah di stadium dengan terus mengulangi ikrar melakukan yang terbaik untuk 45 juta rakyatnya.
"Apa yang saya lakukan, saya lakukan untuk 45 juta orang, mereka sedang melalui tempoh ekonomi yang teruk. Memberi kegembiraan kepada orang ramai adalah perkara terbaik yang boleh saya lakukan pada masa ini," kata penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez, wira kemenangan penentuan penalti pada Jumaat. atas Belanda.
Trezeguet percaya ikatan antara pemain Argentina dan penyokong mereka telah dijalin oleh krisis ekonomi yang melanda negara itu, di mana inflasi telah melambung tinggi.
"Kenangan pertama saya tentang pasukan Argentina adalah di Mexico pada 1986. Ia adalah gila ketika itu, tetapi tidak seperti yang gila seperti sekarang," kata Trezeguet. "Keadaan sosio-ekonomi di Argentina pada masa ini telah menjadikan sokongan untuk pasukan lebih bersemangat berbanding sebelum ini."
Menurut laporan media, ramai peminat yang berkunjung ke Qatar telah menghabiskan masa bertahun-tahun menabung dan dengan gigih menukar peso Argentina mereka kepada dolar AS untuk mengelakkan kemusnahan inflasi.
Yang lain seperti Beto, peminat berusia 60-an yang ditemuramah oleh AFP ketika dia berjalan melalui Souq Waqif Doha, telah mengembara ke Qatar dari Amerika Syarikat atau tempat lain selepas berhijrah ke luar negara. Keghairahan, bagaimanapun, kekal sekuat biasa.
“Walaupun saya sudah lama tinggal di Amerika Syarikat, jika anda memotong pergelangan tangan saya, saya akan berdarah biru dan putih,” kata Beto kepada AFP.
"Kami mempunyai semangat yang sangat besar untuk bola sepak. Kami menderita setiap hari kerana terdapat masalah di negara kami, ekonomi tidak berjalan dengan baik. Tetapi bola sepak memberi kami tenaga ini yang membolehkan kami pergi dari kosong kepada segala-galanya." kata seorang penyokong Argentina, Beto berusia lingkungan 60-an kepada AFP.
Keghairahan itu ditimbulkan dalam dua lagu yang kerap berkumandang di sekitar stadium Qatar ketika Argentina bermain iaitu "Vamos Argentina" dan "Muchachos", lagu kebangsaan de facto pasukan kebangsaan ditujukan khas buat Messi, Diego Maradona dan Falklands 1982.- AFP