fb fb fb fb fb

Pelumba berbasikal Shah Firdaus fokus persiapan Kejohanan Berbasikal Trek Dunia

JOHOR BAHRU, 16 Ogos- Pelumba berbasikal trek kebangsaan, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, memberi fokus kepada persiapan menghadapi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Perancis, Oktober depan, terutamanya dalam acara Keirin selepas ketiadaan jaguh berbasikal negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang pada kejohanan itu.

Sasarannya untuk mara ke final, berdasarkan pencapaian ketika Sukan Komanwel Birmingham 2022 baru-baru ini.

Beliau mahukan keputusan positif pada penyertaan kali keempatnya di Kejohanan Dunia tersebut, walaupun sebelum ini hanya terlibat dalam acara sprint.


(Muhammad Shah Firdaus Sahrom menerima insentif dari Kerajaan Johor)

Menurut Muhammad Shah Firdaus Sahrom untuk Keirin yang pertama ini, saya kena fokus untuk sampai ke Final dan fokus pada pusingan seterusnya.

"Kebanyakkan yang pesaing yang ada di sukan Komanwel adalah sama dengan "World Championship", kecuali netherland, jadi ada benda posiitif untuk saya fokus dan bersemangat," katanya

Dalam tiga edisi sebelum ini, Shah Firdaus memberi tumpuan terhadap acara sprint bagi mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik, namun kini menumpukan terhadap acara Keirin berikutan ketiadaan The Pocket rocketman pada edisi kali ini.

Atlet kelahiran Muar itu baru-baru ini berjaya meraih pingat Gangsa pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 dalam acara keirin.

Beliau sebelum itu menjadi salah seorang atlet kelahiran Johor yang menerima insentif Kemenangan Atlet Johor Sukan SEA 2021 dan Sukan Komanwel Birmingham 2022, di Johor Bahru.

Media Baharu