fb fb fb fb fb

FA dakwa Tuchel dan Conte akibat bergaduh tepi padang

(Ketua jurulatih Tottenham Hotspur, Antonio Conte (kanan) berjabat tangan secara agresif dengan pengurus Chelsea,
Thomas Tuchel selepas perlawanan Liga Perdana di Stamford Bridge, London/AFP)



LONDON, 16 Ogos- Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel dan pengendali Tottenham, Antonio Conte didakwa oleh FA England kerana bergaduh di tepi padang selepas pertembungan hebat kedua-dua pasukan ketika seri 2-2 Ahad lalu.

Tuchel dan Conte terpaksa dileraikan sebanyak dua kali, aksi tidak wajar kedua-duanya, membayangi aksi pasukan tetangga itu yang mencetuskan senario agak ganas di Stamford Bridge.

Pergaduhan tercetus selepas Conte meraikan gol penyamaan Pierre-Emile Hojbjerg berhampiran kawasan teknikal Tuchel.

Tuchel dan Conte bertelagah lagi apabila berjabat tangan secara agresif yang kemudiannya menyaksikan kedua-duanya dilayangkan kad merah, mencetuskan lagi adegan jelek melibatkan pemain dan kakitangan kejurulatihan dari seteru London itu.

"Thomas Tuchel dan Antonio Conte kedua-duanya telah didakwa melanggar Peraturan FA E3, berikutan perlawanan Liga Perdana antara Chelsea FC dan Tottenham Hotspur FC pada Ahad 14 Ogos 2022," kata kenyataan FA pada Isnin.

"Adalah didakwa bahawa tingkah laku kedua-dua pengurus adalah tidak wajar selepas tamat perlawanan. Thomas Tuchel dan Antonio Conte mempunyai masa sehingga Khamis (18 Ogos) untuk memberikan maklum balas masing-masing." menurut kenyataan itu lagi.

Tuchel juga berkemungkinan berdepan pertuduhan lanjut daripada FA, yang sedang menyiasat komennya selepas perlawanan mengenai pengadil Anthony Taylor.

Tuchel berkata "mungkin lebih baik" bagi Taylor untuk tidak mengadili Chelsea lagi, dengan pemain Jerman itu marah dengan kedua-dua gol Tottenham.

 

(Ketua jurulatih Tottenham Hotspur, Antonio Conte (kanan) bergaduh dengan pengurus Chelsea,
Thomas Tuchel selepas perlawanan Liga Perdana di Stamford Bridge, London/AFP)


Dia merasakan tindakan Hojbjerg sepatutnya tidak dibenarkan kerana mendakwa pemain berkenaan berada pada posisi 'pffside' ketika bertentang penjaga gol Richarlison, serta kekasaran terhadap Kai Havertz beberapa saat sebelum itu.

Tuchel juga menegaskan pertahanan Tottenham, Cristian Romero sepatutnya dihukum kerana menarik rambut Marc Cucurella, dengan pemeriksaan VAR menolak kad merah untuk insiden yang berlaku sejurus sebelum Harry Kane menanduk masuk gol penyamaan pada masa kecederaan pelawat.

Kedua-dua pengurus mungkin menghadapi larangan akibat kelakuan tidak wajar mereka, dengan Tuchel sudah mengakui dia mungkin tidak hadir menyaksikan Chelsea berdepan Leeds hujung minggu depan. -AFP

Media Baharu