fb fb fb fb fb

Pelaburan sukan di Sarawak contoh potensi anjur sukan bertaraf antarabangsa

FOTO Jabatan Penerangan Sarawak

KUCHING, 24 Mac- Pelaburan sukan yang banyak di Sarawak membolehkan negeri ini menganjurkan sukan-sukan bertaraf antarabangsa.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria berkata Sarawak mempunyai potensi sebagai penganjur kerana telah melakukan pembangunan kemudahan sukan bertaraf tinggi yang sesuai untuk penganjuran sukan antarabangsa.

Menyifatkan Sarawak sebagai negeri contoh bahawa kemajuan sukan perlu seiring dengan kemajuan ekonomi seperti yang dipraktikan oleh negara-negara maju yang turut unggul dalam sukan.

Jelasnya, Sarawak telah membuat pelaburan dalam sukan kerana sukan turut digunakan sebagai alat perpaduan dan memberi peluang kepada generasi muda melahirkan generasi sihat dan produktif.

Ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kuching, Tan Sri Dr Mohamad Norza turut optimis SUKMA 2024 di Sarawak turut akan menjadi lokasi atlet-atlet pelapis negara berentap untuk persediaan Sukan SEA kelak.

Hadir sama ialah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu merangkap Presiden Taekwondo Malaysia Azizul Annuar Adenan.

ROSLINA BINTI DIN