fb fb fb fb fb

Pelaburan awal sukan bantu anak kejar impian jadi jaguh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh / Foto RTM

SUNGAI BULOH, 23 Mac-Ibu bapa digalakkan membuat pelaburan awal bagi membolehkan anak-anak mereka kekal aktif bersukan sekali gus mengejar impian menjadi jaguh sukan pada masa hadapan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, ini kerana kementerian menawarkan insentif pelepasan cukai kepada ibu bapa untuk perbelanjaan yuran anak-anak mereka yang mengikuti latihan sukan termasuk pembelian peralatan sukan.

"Pengecualian cukai adalah untuk insentif latihan sukan. Jadi untuk 2024 kerajaan telah berikan insentif kategori sukan sahaja RM1,000 yang mereka boleh gunapakai untuk masuk pertandingan untuk beli perlatan sukan atau latihan sukan.

"yang ini sangat penting untuk latihan. Resit itu mereka boleh simpan. untuk 2025. Mereka boleh gunakan bukan sahaja untuk diri pembayar cukai dan anak tetapi kepada ibu bapa pembayar cukai juga boleh gunapakai insentif ini. Kita nak galakkan gaya hidup sihat, semua generasi.

Tambah beliau, kementerian turut menawarkan bantuan kewangan seperti Geran Padanan Sukan dan Dana Sukan Komuniti kepada pihak penganjur bertujuan bagi mengurangkan kos penganjuran apa-apa pertandingan dan sebagainya.

"Jadi saya berharap dengan adanya lebih banyak lagi pertandingan di peringkat akar umbi seperti ini pemain-pemain muda mempunyai platform untuk bertanding.

"Kalau setakat diberikan latihan setiap kali tapi tak ada pertandingan ia tak ada makna, player juga tidak mempunyai pengalaman untuk bertanding, jadi pengalaman bertanding ini sangat penting dan ini yang kita nak dengan adanya dana sukan komuniti dan geran padanan sukan yang kita berikan untuk penganjur, kita nak berikan lebih banyak lagi platform pertandingan kepada atlet-atlet kita", katanya demikian kepada RTM selepas merasmikan March Junior Monthly Medal 2025 anjuran Kelab Rahman Putra Malaysia di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD