fb fb fb fb fb

Harimau Malaya siap mengaum! Misi roboh benteng Nepal esok

Pemain Skuad Kebangsaan Matthew Davies (dua, kiri) bersalaman dengan Kapten Pasukan Nepal Kiran Kumar Limbu ketika sidang media menjelang perlawanan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 bagi kumpulan F antara Malaysia dan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim hari ini / BERNAMA

ISKANDAR PUTERI, 24 Mac- Skuad Harimau Malaya bersedia memburu tiga mata pertama, menentang Nepal dalam saingan kumpulan F, Kempen Kelayakan Piala Asia 2027 esok.

Pengendali skuad kebangsaan, Peter Cklamovski berkata, para pemain berkeyakinan untuk menampilkan aksi terbaik, dalam perlawanan  di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu.

Ia termasuk persiapan mental dan fizikal pasukan juga berada di tahap terbaik, meskipun hanya lapan hari latihan bersama.

"Saya melihat kemajuan setiap hari dan pemain telah memberikan segala yang mereka ada secara fizikal. Kami juga mengekalkan fokus di kem latihan. Berbaki satu hari lagi untuk berlatih dan kita akan berikan segala-galanya untuk tiga mata," katanya.

Identiti dua pemain warisan yang baharu, termasuk senarai penuh 23 pemain, akan diketahui sebelum perlawanan esok, bagi menyuntik keterujaan penyokong.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Pasukan Nepal, Matthew Barry Ross, menyifatkan saingan tersebut merupakan babak baharu dalam arena bola Sepak Nepal.

Beliau juga, ingin melakar rekod cemerlang keatas skuad negara, meskipun hadir sebagai pasukan pelawat.

"Kami mahu mengulangi prestasi yang ditampilkan ketika menentang Singapura tempoh hari. Kami juga ingin membawa pulang dengan sesuatu yang berharga, selepas usaha keras di kem latihan. Kami penuh yakin untuk mempamerkan aksi terbaik, malam esok," katanya.

Mereka ditemui semasa sidang media di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE