fb fb fb fb fb

Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

Pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah/Foto Facebook BAM

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Beregu utama wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menepati ramalan apabila berjaya melangkah ke separuh akhir apabila Kejohanan Badminton Dunia di Paris, petang tadi.

Gandingan nombor dua dunia itu mudah menewaskan beregu Bulgaria, Gabriela-Stefanie Stoeva, 21-15, 21-10 dalam aksi suku akhir di Adidas Arena.

Kemenangan tersebut turut mengukuhkan rekod cemerlang Pearly-Thinaah ke atas pasangan kembar Bulgaria itu, dengan empat kemenangan daripada lima pertemuan, termasuk kejayaan terbaru mereka di Terbuka Jepun bulan lalu.

Menanti mereka di separuh akhir ialah gandingan Jepun iaitu Nami Matsuyama-Chiharu Shida, yang menewaskan gandingan Korea Selatan, Kim Hye Jeong-Kong Hee Yong, 21-17, 21-14.

Kejayaan mara ke separuh akhir memperbaiki rekod pencapaian terbaik Pearly-Thinaah yang sebelum ini terkandas di suku akhir pada edisi 2023.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD