fb fb fb fb fb

Pasukan renang sirip raih tempat ketiga di Piala Dunia

Foto Facebook Majlis Sukan Negara

KUALA LUMPUR, 15 Sept - Kontinjen renang sirip negara mempamerkan aksi cemerlang apabila menamatkan cabaran di kedudukan ketiga keseluruhan pada CMAS World Cup Finswimming 2025 di Kaohsiung, Taiwan yang berakhir semalam.

Atlet negara, Regina Cheong Xuan Yun menyerlah apabila meraih dua pingat emas dalam acara 100 meter (m) dan 200m immersion wanita.

Sementara itu, rakan senegara Louis Chin Teng Aun turut cemerlang dengan meraih pingat perak dalam acara 200m immersion lelaki dan gangsa dalam acara 100m immersion lelaki, manakala Rayyan Haaziq Nasrul Hafiz menyumbang satu lagi gangsa menerusi acara 50m bifin lelaki.

Pasukan wanita 4x100m permukaan negara yang dianggotai Valery Thye, Alisha Irdina, Abigail Lim dan Jun Hsuen turut menambah koleksi pingat dengan meraih gangsa.

Secara keseluruhan, Taiwan muncul juara, Thailand di tempat kedua, manakala Malaysia menamatkan saingan di tempat ketiga. - BERNAMA

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD