fb fb fb fb fb

Gol sulung Modric bantu Milan benam Bologna

Bintang veteran AC Milan, Luka Modric meraikan gol tunggal menentang Bologna / Foto REUTERS

MILAN, 14 September – Luka Modric meraikan ulang tahun ke-40 dengan bergaya apabila menjaringkan gol pertamanya bersama AC Milan dalam kemenangan tipis 1-0 ke atas Bologna di San Siro, awal pagi tadi.

Modric, yang menyertai Milan secara percuma selepas 13 tahun bersama Real Madrid, menyempurnakan hantaran rendah Alexis Saelemaekers pada minit ke-78 selepas memulakan gerakan dari tengah padang.

“Ia gerakan pasukan yang hebat, bola hantaran Ale sangat baik dan gol itu jadi mudah. Harap selepas ini orang tidak lagi ingatkan saya tentang umur,” seloroh Modric selepas perlawanan.

Kemenangan itu turut menandakan penampilan meyakinkan Adrien Rabiot bersama skuad Rossoneri, sementara Christopher Nkunku hampir berpeluang memperolehi sepakan penalti sebelum keputusan itu dibatalkan pengadil selepas semakan VAR.

Keputusan tersebut mencetuskan kemarahan jurulatih Massimiliano Allegri menyebabkannya diarah keluar padang.

Milan turut diuji apabila penjaga gol utama, Mike Maignan, terpaksa dikeluarkan selepas mengalami akibat kecederaan betis dan disahkan bakal terlepas aksi menentang Udinese minggu depan.

Kemenangan sulung di laman sendiri itu mengangkat Milan ke tangga kelima Serie A dengan enam mata, berkongsi kedudukan dengan Cremonese dan Roma.

Sementara itu, jurulatih Atalanta, Ivan Juric, mengesahkan Ademola Lookman tidak akan beraksi menentang Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara-Juara, selepas penyerang Nigeria itu dipinggirkan susulan gagal berpindah ke Inter Milan musim panas lalu.

Lookman, yang menjaringkan hatrik dalam final Liga Europa 2024, kini dibekukan daripada skuad utama biarpun masih berbaki kontrak hingga 2027.

Ketiadaan lookman bagaimanapun tidak menghalang Atalanta untuk mencatatkan selepas mencatatkan kemenangan menewaskan Lecce 4-1 dalam aksi Serie A. - AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD