KUALA LUMPUR, 21 Februari- Pasukan ragbi kebangsaan tekad meraih keputusan positif serta menambah baik prestasi pasukan bagi menghadapi kejohanan akan datang.
Ketua jurulatihnya, Mohd Saizul Hafifi Md Noor berkata, pasukan itu akan memulakan latihan bersasar bagi persiapan hadapi Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2025 pada April ini.
Beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa, turut dalam perancangan.
"Saya harapkan agar pasukan Bunga Raya 15 akan dapat peluang untuk diberikan latihan atau perlawanan persahabatan dengan pasukan-pasukan terbaik. Mungkin dengan Singapura, Thailand atau mungkin di rantau asia," kata Mohd Saizul kepada pemberita, hari ini.
Beliau berharap, skuad kebangsaan mampu menampilkan aksi cemerlang pada edisi kali ini.