KUALA TERENGGANU, 21 Februari-Seramai 226 peserta dari dalam dan luar negara menyertai Kejohanan Kuda Lasak Terbuka Piala Ketua Polis Negara 2025.
Kejohanan berkenaan diadakan di Terengganu International Endurance Park Lembah Bidong Setiu program bermula hari ini sehingga 23 Februari.
Sembilan kategori dipertandingkan termasuk 40 kilometer, VIP 15 kilometer , 80 Kilometer, Competition Endurance International CEI One Star 100 Kilometer dan CEI Two star 120 Kilometer .
Ketua Polis Negara Tan Sri Razaruddin Husain berkata Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin juga turut mencemar duli menyertai Kejohanan bagi kategori 40 kilometer.
Kejohanan turut disertai Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin, Komander Pasukan Simpanan FRU SAC Rosli Md Yusof serta Timbalan Pengarah Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Fadil Marsus juga bagi kategori 40 kilometer.
Kejohanan tiga hari ini turut mendapat penyertaan peserta dari Hong Kong, Indonesia, Singapura, Bangladesh, Thailand dan India.
Majlis Pelepasan disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pukul 6.45 pagi tadi.