fb fb fb fb fb

Pasukan dart JBPM terus cipta rentak gemilang

Pasukan dart JBPM kini mengumpul 5 emas, 1 perak dan 1 gangsa - Foto JBPM

KUALA LUMPUR, 3 Julai - Pasukan dart Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) meneruskan momentum cemerlang apabila berjaya menambah koleksi pingat dalam acara perseorangan lelaki (cricket) dan perseorangan wanita (cricket) pada temasya World Police & Fire Games (WPFG) 2025 di Birmingham, Alabama, Amerika Syarikat, hari ini.

Dalam aksi di gelanggang berprestij Birmingham-Jefferson Convention Complex (BJCC), dua atlet hebat yang mengharumkan nama pasukan adalah Rosbaizuranie Bokun dan Mamat Kilau Mohd Ismail.

0307 SKN DART JBPM GEMILANG 2Mamat Kilau Mohd Ismail (kiri) Rosbaizuranie Bokun (kanan) berjaya menambah kutipan pingat buat pasukan JBPM - Foto JBPM

Berita gembira itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi JBPM.

Rosbaizuranie berjaya meraih emas acara perseorangan, manakala Mamat Kilau merangkul perak bagi perseorangan lelaki.

0307 SKN DART JBPM GEMILANG 5Mamat Kilau Mohd Ismail dan Mohamad Haramaini Kamaludin meraih emas bagi acara beregu lelaki (Divisyen B) - Foto JBPM

Kejayaan itu sekali lagi membuktikan kehebatan pasukan dart JBPM, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan pungutan pingat kepada lima emas, satu perak dan satu gangsa.

Kejohanan WPFG 2025 berlangsung dari 27 Jun hingga 6 Julai ini.

MUHAMMAD APENDY BIN ISSAHAK