PARIS, 27 Julai- Atlet lawan pedang Hungary, Aron Szilagyi dikejutkan dengan kekalahan 15-8 pada pusingan 32 kepada Fares Arfa dari Kanada pada Sabtu sekali gus meleburkan impiannya untuk meraih emas keempat di temasya olimpik.
Ia adalah kekalahan pertama Szilagyi yang berusia 34 tahun di Olimpik sejak pusingan 16 terakhir di Beijing pada 2008.
Pada aksi yang berlangsung di Grand Palais, Szilagyi ketinggalan 0-6 sebelum berhempas pulas merapatkan jurang mata kepada 4-6.
Namun, segalanya tidak menjadi buat pemenang pingat emas Olimpik tiga kali itu apabila akhirnya akur tewas kepada lawan berusia 29 tahun itu.
Szilagyi bukanlah satu-satunya atlet berprofil tinggi yang tewas awal kerana juara dunia 2023 Eli Dershwitz turut tewas 10-15 pada peringkat yang sama kepada seorang lagi warga Hungary, Csanad Gemesi.-AFP