fb fb fb fb fb

Olimpik Paris: Atlet yang masih berjuang perlu terus positif, beri yang terbaik

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim

PARIS, 28 Julai- Para atlet yang masih berjuang di bumi Paris perlu terus positif untuk memberikan yang terbaik.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, mental dan semangat yang kuat diperlukan untuk mengharungi sebarang cabaran.

"Bila kita bersaing di peringkat paling tinggi, kita perlu sedia hadapi cabaran dan kita perlu beri yang terbaik.

"Saya nampak semangat atlet-atlet kita tidak pernah luntur dan saya juga lihat sistem sokongan yang ada di Paris sangat baik, jadi itu satu kelebihanlah", katanya ketika ditemui di Malaysia House yang bertempat di sebuah hotel di Paris.

Selain itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan mendoakan atlet negara di Paris.

Paa masa sama, beliau turut mengingatkan agar atlet yang terkandas awal agar tidak berputus asa, sebaliknya menjadikan ia sebagai pemangkin untuk bangkit pada masa hadapan.

Pada saingan semalam, penembak negara, Johnathan Wong menjadi atlet pertama negara tersingkir selepas gagal melepasi pusingan kelayakan 10 meter Air Pistol Lelaki, manakala perjuangan atlet renang, Steven Khew Hoe Yean dalam acara 400 meter Gaya Bebas berakhir di peringkat saringan.

ROSLINA BINTI DIN