fb fb fb fb fb

Paralimpik Paris: Bonnie cipta sejarah, raih pingat emas kedua Malaysia

Bonnie Bunyau Gustin./ Foto Bernama

PARIS, 6 September - Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, sekali lagi menepati ramalan apabila merangkul pingat emas kedua Malaysia pada temasya Sukan Paralimpik Paris 2024 hari ini.

Atlet kelahiran Sarawak yang berusia 25 tahun itu meraih pingat emas dalam kategori 72 kilogram (kg) setelah berjaya melakukan angkatan 232kg pada angkat ketiga, sekaligus memadam rekod dunia yang diciptanya sebelum ini iaitu 231kg.

Dengan kejayaan ini, Bonnie mengumpul dua pingat emas di pentas Sukan Paralimpik selepas meraih pingat emas pertamanya pada edisi Tokyo 2020.

Sementara itu, Hu Peng dari China meraih pingat perak dengan angkatan terbaik 214kg, manakala gangsa dimenangi oleh wakil Itali, Donato Telesca, yang mencatatkan rekod 213kg.

Trainee