fb fb fb fb fb

Jorge Martin ungguli sesi latihan awal MotoGP SMR

Pelumba Ducati Jorge Martin dan Francesco Bagnaia ketika sidang media MotoGP San Marino /AFP

MISANO ADRIATICO, 6 September - Jorge Martin berjaya mengungguli sesi latihan bebas pertama kejohanan MotoGP San Marino and Rimini Riviera, yang sekali gus menambahkan keyakinan buat pelumba Sepanyol itu dalam persiapan untuk mempertahankan kedudukan pendahulu kejuaraan.

Pelumba Pramac itu yang kini berada 23 mata di hadapan penyandang juara Franceso Bagnaia, mencatatkan masa satu minit 31.707 saat di litar Misano Adriatico, berkelebihan 0.037 saat mengatasi pencabar terdekat, Marc Marquez.

Martin, 26, belum lagi memenangi siri Grand Prix sejak perlumbaan GP Perancis pada Mei lalu tetapi dilihat berada pada prestasi terbaik untuk mengulangi kejayaan di Misano pada musim lalu.

Pelumba berkenaan juga berjaya menamatkan perlumbaan di tempat kedua, masing-masing dalam acara pecut dan kejohanan utama dalam empat daripada lima GP terakhir.

Sementara itu, Bagnaia yang beraksi dalam kecederaan selepas terlibat kemalangan di MotoGP Aragon minggu lalu, ketinggalan 0.462 saat untuk menamatkan saingan di tangga kelapan.

Kesemua pelumba akan meneruskan sesi latihan kedua yang dijadualkan pada Jumaat, pukul 3 petang waktu tempatan, dengan 10 pelumba teratas bakal terus melayakkan diri ke pusingan kedua kelayakan pada Sabtu.

Pusingan kelayakan yang menentukan grid perlumbaan pecut dan kejohanan utama, menawarkan 37 mata maksimum. - AFP

Trainee2