fb fb fb fb fb

Masalah otot perut jejas prestasi Abdul Latif buru emas

Foto BERNAMA

PARIS, 8 September- Jaguh lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly memaklumkan bahawa masalah otot perut menjadi punca utama tidak dapat menampilkan aksi cemerlang pada Sukan Paralimpik 2024.

"Saya sudah buat yang terbaik..saya punya 'condition' (keadaan) badan tidak mengizinkan kerana tiga hari sebelum 'game' (perlawanan) terkena saya punya tulang ini.. 'muscle' (otot) tertarik.. memang sangat sakitlah, mahu bernafas pun sakit.

"Ia (kesakitan) turut menganggu lompatan saya," katanya.

Beraksi di Stade de France, Abdul Latif terpaksa berpuas hati dengan perak menerusi catatan 7.45 meter (m) pada percubaan ketiga manakala lompatan terakhir Matvei Iakushev sejauh 7.51m menyaksikan Atlet Paralimpik Neutral itu merampas emas darinya yang diraih sejak Rio 2016 diikuti Tokyo 2020.

Gangsa milik atlet Colombia.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM