fb fb fb fb fb

Paralimpik Paris 2024: Eddy bernard sumbang pingat pertama negara

Atlet pecut para, Eddy Bernard (kiri) / Foto RTM

PARIS, 2 September - Kem olahraga negara berjaya menyumbang pingat pertama menerusi pencapaian cemerlang atlet pecut para, Eddy Bernard dalam saingan 100 meter lelaki T44 (kecacatan fizikal).

Eddy Bernard, atlet kelahiran Sabah mempamerkan larian bertenaga apabila melintasi garisan penamat dengan catatan masa 11.58 saat, sekali gus meraih pingat gangsa.

Lebih manis lagi, Eddy turut memecahkan rekod Asia yang sebelum ini dipegang oleh Indika Gamage dari Sri Lanka dengan catatan masa 11.75 saat.

Kejayaan ini dianggap sebagai hasil kerja keras dan persediaan rapi yang dilakukan oleh Eddy, 23 tahun, sebelum menghadapi temasya besar ini.

"Saya sangat puas hati. Ini adalah kali pertama saya menyertai temasya paralimpik ini, dan saya merasa bangga serta bersyukur dengan usaha yang telah saya curahkan selama ini," katanya.

Pingat emas dalam acara ini dimenangi oleh pelari dari Afrika Selatan, Mpumelelo Mhlongo dengan catatan masa 11.12 saat.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN