fb fb fb fb fb

Paralimpik Paris 2024: Aksi kontinjen negara bermula

Beberapa atlet paralimpik akan memulakan misi memburu emas buat kontinjen negara hari ini / Foto RTM

PARIS, 29 Ogos - Beberapa atlet paralimpik akan memulakan misi memburu emas buat kontinjen negara hari ini, termasuk sukan badminton dan berbasikal trek.

Kem badminton negara akan beraksi di Porte De La Chapelle Arena dalam pusingan kumpulan.

Perseorangan lelaki kategori SU5, Cheah Liek Hou, akan menentang Bartlomiej Mroz dari Poland, manakala Muhammad Fareez Anuar berdepan Fang Jen-Yu dari Taiwan.

Perseorangan lelaki kategori SL4, Mohd Amin Burhanuddin, akan menentang Sukant Kadam dari India, sementara beregu lelaki kategori WH1-2, Muhammad Ikhwan Ramli dan Noor Azwan Noorlan, akan berhadapan Daiki Kajiwara dan Hiroshi Murayama dari Jepun.

Di Velodrom Saint-Quentin-En-Yvelines, pelumba berbasikal trek, Mohamad Yusof Hafizi Shaharuddin, akan bertanding dalam pusingan kelayakan dan final acara 3,000 meter kejar-mengejar individu lelaki kategori C1.

Acara lain yang turut menampilkan atlet Malaysia hari ini termasuk renang, boccia dan memanah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN