fb fb fb fb fb

ACWL: Sabah seri tanpa jaringan dengan APF FC

FOTO FB Sabah Football Association Women's Team

KOTA KINABALU, 29 Ogos- Sabah FA memulakan aksi pusingan awal Liga Juara-Juara Wanita AFC (ACWL) dengan mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang APF FC dari Nepal di Stadium Likas, malam semalam.

Keputusan seri 0-0 itu membolehkan skuad kendalian Justin Ganai hanya mengutip satu mata biarpun terpaksa berhempas pulas sehingga tamat perlawanan.

Terdahulu, tuan rumah lebih banyak menguasai perlawanan pada aksi separuh masa pertama apabila cuba untuk mendapatkan gol awal.

APF FC turut melakukan serangan balas bagi membolehkan pasukan pelawat mendahului perlawanan bagaimanapun beberapa percubaan yang dilakukan berjaya dipatahkan penjaga gol Sabah FA,Nurul Azurin Mazlan.

Sabah FA yang beraksi dihadapan hampir 3,000 penonton terus buntu untuk mendapatkan gol pertama.

Keputusan seri tanpa jaringan itu kekal sehingga tamat perlawanan.

"Bagi saya itu perlawanan yang seimbang walaupun kita kita libat Nepal mempunyai lebih peluang tapi terima kasih kepada Azurin yang menyelamatkan banyak peluang dan saya fikir kita sudah bermain sebaik mungkin tapi mungkin di situlah had permainan kami dan harap dalam perlawanan akan datang kita boleh beraksi lebih baik daripada itu,"kata Justin Ganai, Ketua Jurulatih Sabah FA

Sabah FA akan menentang PFC Nasaf dari Uzbekistan untuk perlawanan aksi pusingan awal ACWL yang berlangsung di Stadium Likas pada 31 Ogos pukul 8 malam.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE