KUCHING, 27 September- Kontinjen tuan rumah terus mempamerkan dominasi pada aksi Para SUKMA kali ini apabila atlet powerlifitngnya, Fuad Alen menambah koleksi emas peribadi apabila muncul juara bagi kategori 59 kilogram.
Beliau turut memperoleh emas dalam angkatan terbaik hasil angkatan seberat 108 kilogram.
Dalam acara yang berlangsung di Jabatan Belia dan Sukan itu, Fuad telah menggumpul angkatan 313 kilogram mengatasi atlet Johor, Muhamad Bukhari Md Zin yang memperoleh pingat perak dengan angkatan 196 kilogram.
Manakala Daggang Tiong turut menyumbang pingat gangsa kepada Bumi Kenyalang dengan merekod 188 kilogram.
Pingat disampaikan oleh Timbalan Chef D, Mission bagi sukan angkat berat, Fazzarudin Abdul Rahmah.
Fuad Alen sedang beraksi
Di Dewan Persatuan Bola Keranjang Kuching pula, kontinjen Sarawak turut menuai emas dalam acara boccia berpasukan campuran BC1/BC2.
Sarawak diwakili atlet Dale Adelric Teri, Angeline Melissa Lawas dan Tay Boon Seng memperoleh 10 mata.
Pingat perak milik Sabah menerusi atlet Arby Rodziary Ariffin, Yucaristia Gallilea Lee dan Zulkarnain Malateh manakala Terengganu diwakili Mohamad Aswandi Ayub, Mohd Rizaili Muda dan Hee Sin Chee berpuas hati dengan pingat gangsa.