fb fb fb fb fb

Para SUKMA: Sabah juara keseluruhan, calar rekod bersih Sarawak

(Kontinjen Sabah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Para SUKMA XX)

KUALA LUMPUR, 7 November- Kontinjen Sabah muncul juara keseluruhan Temasya Para SUKMA Majlis Sukan Negara 2022 yang berakhir semalam dengan berjaya meraih 54 emas, 36 perak dan 35 gangsa.

Kontinjen Sabah diumumkan sebagai juara keseluruhan pada Majlis Perasmian Penutupan Sukan Para SUKMA di Seri Kembangan, Selangor.

Ini kali pertama Sabah menjuarai Para SUKMA sekali gus menamatkan rekod milik Sarawak yang mengungguli temasya sebanyak 13 kali berturut-turut.

Pencapaian 54 pingat emas oleh Sabah mengatasi sasaran awal 40 pingat emas yang telah ditetapkan kontinjen sebelum ini.

Ia, sekali gus memperbaiki pencapaian naib juara pada 2018 dengan 36 emas 28 perak dan 30 gangsa.

Sementara itu, atlet para olahraga Melaka, Mohammad Zikri Zakaria dan atlet para memanah compound Perak, Nur Jannaton Abdul Jalil dipilih sebagai atlet terbaik temasya kali ini.

Nur Jannaton meraih tiga pingat emas keseluruhan.

Manakala Mohammad Zikri pula mencuri tumpuan dengan memecahkan tiga rekod temasya dalam tiga acara berbeza iaitu lempar cakera, merejam lembing dan lontar peluru kategori F55.


(Atlet terbaik temasya menjadi milik Nur Jannaton Abdul Jalil

dari Perak dan Mohammad Zikri Zakaria dari Melaka)

Media Baharu