BUKIT JALIL, 28 Oktober - Menjelang Sukan Para Sukma Ke-20 pada 1 hingga 6 November ini.
Ketika ini 15 kontinjen negeri telah mengesahkan penyertaan bagi temasya yang akan berlangsung di empat zon sekitar Lembah Klang.
Menurut Ketua Sekreteriat Sukan Malaysia, Mohd Yazid Shoib had umur yang ditetapkan ialah 14 hingga 45 tahun manakala 10 jenis sukan dan 294 acara akan dipertandingkan.
Berbeza dengan SUKMA, para SUKMA mengiktiraf rekod termasya dan para ASEAN manakala atlet yang bertaraf olympian pula tidak dibenarkan bertanding.
(Mohd Yazid dalam sidang media)
"Untuk kawalan doping kita telah sahkan untuk Para Sukma ini akan ada untuk ujian doping. Kita akan ambil dalam 30 sampel, secara rawak.
"Jadi yang itu kita telah menyedari walaupun atlet-atlet para ini ada pengambilan ubat-ubatan yang melibatkan kecatatan mereka, tetapi proses itu adalah yang mana telah terapkan untuk mendidik kontijen di negeri supaya pastikan bahan yang diambil mereka. Jadi akan ada ujian doping," kata Mohd Yazid di sini.