fb fb fb fb fb

Hoki Piala Sultan Johor: Skuad Remaja Kebangsaan seri 2-2 menentang Jepun

(Pemain Malaysia Muhammad Norizam cuba melepasi pemain Jepun Masato Kobayashi
pada Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) di Stadium Hoki Taman Daya hari ini/BERNAMA)

JOHOR BAHRU, 29 Oktober- Skuad hoki bawah 20 tahun negara akhirnya meraih mata sulung dalam kempen Piala Sultan Johor, selepas terikat dua sama menentang Jepun pada aksi terakhir peringkat kumpulan di Stadium Hoki Taman Daya Johor Bahru petang tadi.

Selepas mengharungi empat perlawanan tanpa sebarang mata, anak buah Muhammad Amin Rahim tampil lebih bersedia kali ini dan berjaya mengikat kedudukan 0-0 pada separuh masa pertama perlawanan.


(Pemain Malaysia Andywalfian Jefrynus diasak beberapa pemain Jepun pada Perlawanan Hoki Piala Sultan Johor (SOJC)
di Stadium Hoki Taman Daya hari ini/BERNAMA)

Gawang Malaysia bagaimanapun bolos pada minit ke-34, hasil pukulan sudut penalti Masato Kobayashi.

Muhammad Amirul Hanif Mamat kembali mengikat kedudukan, pada minit ke-38, sebelum Shahmie Irfan Suhaimi meletakkan Malaysia didepan pada minit ke-42, kedua-duanya melalui pukulan sudut penalti

Jepun berjaya meraih gol penyamaan pada minit ke-47, hasil jaringan Ikumi Saeki.

Malaysia menamatkan saingan kumpulan di kedudukan ke-6 dan akan bertemu samada Jepun atau Afrika Selatan pada aksi penentuan tempat kelima dan enam, esok.

Media Baharu