fb fb fb fb fb

Pearly Tan-M.Thinaah, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi ke suku akhir Terbuka Perancis 2022

PARIS, 28 Oktober- Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah meneruskan aksi cemerlang apabila melangkah ke pusingan suku akhir Terbuka Perancis 2022.

Turut mengikut jejak mereka, pasangan lelaki Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Pada aksi di pusingan 16 terbaik itu, Pearly-Thinaah mudah menundukkan gandingan Indonesia, Febriana Kusuma-Amalia Pratiwi dengan straight set, 21-16, 21-14.

Meskipun bukan menjadi pasangan pilihan di kejohanan ini, Pearly dan Thinaah tetap berjaya mencipta kejutan apabila menyingkirkan juara Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Ramadhanti dari Indonesia pada pusingan pertama, Selasa lalu.

Beregu ranking ke-11 dunia itu akan berdepan pilihan ketiga kejohanan dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida pada pusingan suku akhir lewat petang ini.

Beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi turut layak ke suku akhir selepas menewaskan lawan dari Indonesia, Leo Carnando-Daniel Marthin 21-18, 17-21 dan 22-20.

Mereka akan berdepan pasangan Korea Selatan, Kim Won-ho dan Choi Sol-gyu di suku akhir.


(Gandingan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi/FOTO BAM)

Sementara itu, pencapaian tersebut gagal dikuti beberapa lagi wakil negara.

Beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing tunduk kepada lawan dari Jepun, Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo 21-12, 14-21, 21-15 pada pusingan kedua.

Dua lagi beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani serta Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut tersingkir apabila masing-masing tunduk kepada lawan dari Indonesia dan India.

 

Media Baharu