fb fb fb fb fb

Paolini tundukkan Gauff, menang kejuaraan Terbuka Itali

Foto Reuters

ROM, 18 Mei – Pemain sensasi Itali, Jasmine Paolini, mencipta sejarah apabila menewaskan pemain nombor tiga dunia dari Amerika Syarikat, Coco Gauff dengan keputusan 6-4, 6-2 dalam perlawanan akhir Terbuka Itali yang berlangsung di Rom pada Sabtu.

Kemenangan ini menjadikan Jasmine sebagai wanita Itali pertama memenangi kejuaraan Terbuka Itali sejak Raffaella Reggi pada tahun 1985 sekali gus mencatat detik bersejarah arena tenis negara tersebut.

Beliau mempamerkan aksi cukup cemerlang menumpaskan bekas juara Terbuka Amerika Syarikat itu dalam dua set sahaja, sekali gus meraih gelaran Siri 1000 keduanya menjelang saingan Grand Slam Roland Garros, akhir bulan ini.

Kejayaan ini turut menjadi suntikan semangat menjelang Terbuka Perancis yang bakal bermula pada 25 Mei, di mana Paolini akan turun beraksi sebagai antara pilihan utama selepas muncul naib juara pada edisi lalu.

Dengan prestasi semasa yang memberangsangkan, beliau kini dilihat sebagai salah seorang pencabar utama untuk merebut gelaran Grand Slam di Roland Garros nanti. - Reuters

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE