fb fb fb fb fb

Pang Ron-Su Yin, juara beregu campuran PETRONAS Malaysia IC 2023

Foto FB BAM

IPOH, 19 November- Pasangan beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin berjaya merangkul gelaran juara dalam Kejohanan Badminton Petronas Malaysia International Challenge 2023.

Aksi yang berlangsung di Arena Badminton Perak itu menyaksikan gandingan berkenaan berjaya menundukkan lawan dari Taiwan, Lin Yu Chieh-Hsu Yin Hui 21-17 dan 21-19.

Wakil beregu wanita, Ng Qi Xuan-Yap Yee pula terpaksa berputih mata selepas tewas kepada pasangan Taiwan, Lin Chih Chun-Sung Yu Hsuan 11-21, 18-21 dalam tempoh 38 minit.

Dua lagi wakil negara turut mengalami nasib sama apabila perseorangan wanita, Wong Ling Ching tewas kepada pemain Jepun, Miho Kayama 21-23, 16-21 dan pasangan beregu lelaki negara, Muhammad Fazriq Mohamad Razif-Wong Vin Sean turut kecundang kepada wakil Jepun, Takuto Inoue-Masayuki Onodera 16-21,21-18,15-21.

Bagi perseorangan lelaki pula, menyaksikan wakil Jepun, Minoru Koga menewaskan rakan senegara Takuma Kawamoto dengan keputusan 21-17, 10-21, 21-11 dalam masa 60 minit.

Penyertaan skuad negara pada kempen kali ini dilihat sebagai satu perkembangan positif, dengan empat wakil negara mara ke pentas akhir kejohanan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM