fb fb fb fb fb

Pandelela raih gangsa acara 10 meter platform wanita

BUDAPEST, 28 Jun- Ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong meraih pingat gangsa bagi acara 10 meter platform wanita pada Kejohanan Dunia FINA Budapest ke-19.

Atlet kelahiran Sarawak itu berjaya mencatat 338.85 mata untuk berada pada kedudukan podium, memperbaiki catatan pusingan kelayakan.

(Pandelela mencatat 338.85 mata untuk meraih pingat gangsa)

Juara dunia 2019, Chen Yuxi meraih pingat emas dengan kutipan 417.25 mata.

Manakala pemenang emas Olimpik Tokyo, Quan Hongchang berada ditempat kedua dengan mengutip 416.96 mata.

Media Baharu