ROME, 14 Mei- Pemain tenis Amerika Syarikat, Coco Gauff mara ke separuh akhir Terbuka Itali selepas menewaskan pilihan ketujuh, Mirra Andreeva, straight set 6-4, 7-6.
Pemenang Terbuka Amerika Syarikat itu dijadual menentang sama ada pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka atau Zheng Qinwen dari China, bagi merebut slot perlawanan akhir.
Gauff, 21, sedang mencari gelaran pertamanya musim ini sebelum menyertai Roland Garros bermula akhir bulan ini.
Beliau sebelum ini muncul naib juara pada Terbuka Madrid selepas tewas kepada Sabalenka.
Sementara itu, dalam aksi perseorangan lelaki, penyandang juara Terbuka Itali, Alexander Zverev dijadual menentang pemain tuan rumah Lorenzo Musetti dalam pertembungan suku akhir.
Casper Ruud pula akan bertemu pemain nombor satu dunia, Jannik Sinner, manakala bintang Sepanyol, Carlos Alcaraz menentang Jack Draper. - AFP